Thursday, July 14, 2011

Bila Aku Sakit....Apa Pun Xbleh


erm..sejak hari rabu,batuk aku datang balik. Non stop batuk2 dah mcm citer kat drama yg end up kuar darah tu..hukhuk..cuma part aku xde kuar darah la. Tekak teramat gatal merenyam ngalahkan tuan punya badan.asal mkn je batuk2. Air dah berbotol2 aku minum still mcm tu gak. Ubat batuk 2 kali dah tukar brand,Hurix ke breaccol. sengal. Bila batuk kuat sgt,kepala pun sakit,dada pun semput,ngan perut2 pun tegang.

Nak melayan pakwe kecik pun xbleh.aku biarkan je dia main sorang2. time2 sakit ni,kesabaran sgtla tipis. Mula la cpt naik angin,lg2 dpt pakwe kecik cam dia kan..Nak itu,nak ini..kang ko baru nak duduk,dia mintak susu plak,baru nak rehat,dia nak berak plak. Pakwe kecik ni mmg byk songeh. Seksa la bini ko esok dpt laki camni..semua benda nak dan dan tu jugak kan. ikut pangai sapa la ko ni..hehe..

Malam semalam, p la klinik Lau,tutup plak. Time aku sakit baru ko nak tutup kan. Selalu manjang buka,klinik lain selalu rame org. Nak tak nak g la LKB, hopefully dpt jumpa Dr. lawrence yg lemah lembut tu. tp malang,Dr. lain but still efficient. Dr. advice no makanan bergoreng,no pedas2,semua kasi rebus & jgn basuh kepala..aik, 1st time kene nasihat camni. Xbleh basuh kapla ka dr. Aiseh,tp sampai bila????....harini pun xtau apa menu aku sekeluarga. Kalo dah semuanya rebus kan..mkn bubur je la ngan telo rebus,ikan rebus&sayo rebus.




*pg2 cik hubby sms soh mkn antibiotik then request wallet baru for his next coming birthday..hoho..bleh plak main request2 ye yang. wallet brand apa u nak, brand cap ayam bleh?? bajet terlebih bulan ni la yang sbb aku giler p bli something unnecessary..cam biasa la kan

Tuesday, July 12, 2011

R.I.N.D.U.

aku ngah kerinduan. yang amat sangat.pada seseorang. erm..nak nangis. tambah ngan PMS. lg la haru. apsal la aku x bli tiket balik semenanjung hari tu. kalo x awal bulan dah sampai ke bumi banting jumpa dgn insan yg kurindui. huahuahua...

mak,aku rindu padamu. rindu nak g paso jemaat,bli sate wak sarmo ngan soto. Nak telefon,tp seriously aku mmg pemalas bab2 telefon org ni.haha..pulak dah..telefon laki pun malas. erm..malam kang la tepon mak.

Nampaknya bulan poser la baru balik semenanjung sampai raya. aku balik 22hb.
Tiket company dah book awal2..tupun fully booked.Pelik betul la aku,puasa pun
belum tp tiket dah abis,sapa yg beli ek,nampak sgt ramai org semenanjung kat bintulu nih. erm..xpe,xde la keseorangan aku kat sini. balik ngan budak2 dulu,hubby balik lambat.
Tunggu dia kang,silap haribulan aku x balik beraya.

Sunday, July 10, 2011

Danish sembelit

Sabtu lepas,danish sembelit yang amat. Mmg kebiasaannya poops dia keras.
Tp haritu mmg extremely keras. Berkampung la aku kat dlm toilet petang sabtu tu temankan dia berak. aduh,kepanasan dah aku. kesian kat dia. Sunquick pun xde. Kejutkan hubby soh bli sunquick.Selalu aku bagi 1sudu besar sunquick xlama tu dia pun memerut. Tp x berkesan pulak. sampai kepenatan,dia pun tdo.

Malam lepas aku layan NCIS,dia meneran lg. this time pakai pampes.still xkuar gak. kesian aku tgk dia sampai berpaut2 kat kaki aku ni. macamla mak ko ni nak lari. terus aku ajak hubby gi Bintulu Medical Centre. sbb tu je hospital yg 24 jam bukak. xmo g spital gomen sbb aku serik dah.

1st time g sini. Org pun xde,Dr. pun xde. aik,xkan spital swasta pun cenggini. sib baekla tunggu xlama then br ada nurse kat kaunter.maklumla dah pukul 11 mlm kan,sure x ramai staff. Dr pun kat luar rupanya.

Bgtaula anak sembelit..malu aku hikhik..mcm dah xde penyakit dlm dunia ni kan..Dr cek buntut danish..meraung2 la budak tu. Dr. kata mmg keras cam batu. amik ko!..patutpun sunquick xjalan. Nak kene bg ubat jolok buntut..hehe..cuak gak lerr..lg sekali adegan meraung2&jerit menjerit dlm bilik Dr.

Dr. pun bla bla bla bg nasihat ler soh bg makan sayur,prune&buah2an. anak2 i mmg xmakan sayo tuan dr. tp epal,anggur,tembikai&pisang laju je mkn.

Friday, July 8, 2011

Danish & Nespray Fortified

rentetan dari kisah tukar susu. Now danish dah serasi dgn nespray ni. Dah bertambah kuat katanya..hakhak. Semalam sibuk ngak mengusung bantal dari tingkat 1 ke atas. bila di tegah, ada saja jawabnya. Jawabnya,danish dah kuat sbb minum susu kuat. Alahai anak..apa2 la..cuma nya 3kali per day plak berak. poops pun dah sama kaler ngan nespray,kaler kunin. xmcm masa minum snow dulu..itam legam.

Disbbkan dia gemo sgt ngan nespray ni,maka stock susu x sampai seminggu akan abis. Dah jd same kes mcm snow dl. nasib baik nespray lg murah. lega poket papa.

Sunday, June 26, 2011

roses for my belated birthday

17 june haritu besday aku..dah masuk 3 series pun tahun ni. still xnak mengaku dah tua..kat fesbuk pun aku x letak bila besday aku..hehe..xmo org tau kekdahnya..ngan laki aku pun aku dah warning siap2 jgn wish aku kat fb. ntah apa2...

pagi besday lagi aku dah majuk..huhu..geram ngan hubby..haha..lepas semayang jemaat dia balik tunjuk roses ni kat aku..nak pujuk la tu..ingat i ni nora elena ke yang ooiii..bagi2 munger ni. i x heran la..haha..tp jauh di sudut hati, mestila suka kan..mana ada org x suka bunga unless org tu alergik ngan bunga kan..



aku letak dlm jug air da...haha sbb xde vas.teruk benorr rupernya..



ni la mungernya sebelum aku godek2 masuk dlm jug..merah tandanya cinta,pink tu apa?

to say i'm sorry kan..its really hard to say i'm sorry kan yang..huhu

For dinner,my lovely hubby blajer kat parkcity hotel,almaklum la bintulu ni bkn ada byk tpt mkn pun,so belasah jer. We all makan western food,rayyan makan nasi goreng jer..

seperti biasa,budak2 is out of control..berlari2an mcm hotel tu padang bola..

malu aku wei, waiter tu dok senyum2 kambing jer kat aku

i tau la anak i hyper..sorry la


hadiah besday pun ada tp dah beli in advance..teruk betul aku kan..gelojoh sgt.

Aku pi trade in cincin belah rotan sebiji,rantai emas lama seutas& rantai kaki aku yg dah putus tu kat kedai emas,dptla dlm rm1k lebih..hasil pertukaran adalah seutas rantai leher emas & gelang tangan. Kene tambah lg tu..encik hubby sila bayar yer..

Saturday, June 25, 2011

Penyakit Giler aku dah datang

haha..tajuk xbleh blah siut. Giler ke aku ni?bukanla giler mental tp giler shopping. Latest,aku giler handbag coach. wallawei,design semua cantik2..terliur tgk..erm harga pun marvelous. Kalo bli ni, 3 bln la mkn sardin manjang. Even ada saving sket,perluke aku beli?perlu ke? hakhak..siapa la aku kan..seorang full time housewife jer...huhu..sedih. Laki aku pun dah malas nak layan..dok tgk handbag coach jer.

cantek x? erm..aku ngah cari sling bag camni
online seller ni jual rm800++..original yerr..
harga dah melebihi monthly installment kete honda city laki aku..haha..
bapak punya mahal..nampak gayanya telan air liur jer la..even duit dah ada erm..
sayang la duit aku rm800 tu..xpun beli gred aaa jer la..huhu..

tukar susu

malas sungguh nak updet blog sbbnya dah xde skill nak menaip walaupun cerita teramat byk utk diceritakan..erm..satu-satula dulu yer..

latest news..aku tekad nak tukar susu danish from snow ke ??
entah tak tau susu apa..skang ni dah bli 2 jenama. Dutch lady&Nespray. dua-dua dia xsuka..
erm nak snow gak. reason aku nak tukar of course la nak save budget..haha..
laki aku xmo sbnrnya..siap kata dgn anak takyah la berkira yang.Mesti la berkira
sbbnya banyak barang dah mahal skang ni. Huhu..penin kepala aku tiap kali berbelanja.
Next reason, last week danish cirit birit hampir 3 hari..sampai lembik.
2-3 kali gak la sepanjang consume snow ni.
Even kalo pegi paed,dr suggest dia minum susu lain.

Tukar susu ni lagi payah dari ngajo dia potty train.
jenuh pujuk2 lama2 suara akupun naik la mcm harimau. bukan apa,takut dia lapar.
Dutch lady x jalan..ada la 2-3 kali dia minum..pastu terbiar jer.
then aku tukar ke nespray..susu kuat dia kata..hakhak..sbb ada iklan kat tv macam tu.
apa-apa la danish oi. sampai ke hari ni bertahan..bolehla dia minum even
sebelum nak minum tu byk sgt komplennya. Tapi xla selaju minum snow..
kalo snow mau xsampai setin seminggu..
malangnya,danish asik meragam la pulak..tak tau sbb apa
meragam xdpt minum snow kot..huhu
apa pun aku stick tu nespray je la and
baru la tau nespray tu aku bli jenis fortified punya..hakhak..yang 1family bleh minum.