Monday, September 14, 2009
Danish Tantrum
Dah lama aku nak luahkan sbnrnya kat sini tp x kesampaian. Tak tau la mcm mana ibu-ibu di luar sana menjaga anak masing-masing dgn penuh kesabaran dan kasih sayang. Cuma yg aku tau, kesabaran aku makin hari makin menipis di hujung2 bln ramadan ni dek kerana si danish. Entah kenapa la aku pun tau, bila time aku nak masak utk berbuka jer mula la angin dia datang..duk merengek2..susu dah aku bg, peluk cium pun dah tp ada jer yg xkene. Selalunya aku wat booo layan je dgn mengunci safety gate kat pintu dapur tu..so dia xbleh nak masuk ke dapur mengacau aku masak.
Time nak berbuka satu masalah lagi. selalunya dia akan duduk di atas meja mkn bersama lauk-lauk yg ku masak. Sambil tangan yg comel tu mengacau-ngacau lauk dlm pinggan. X ke haru tu..geram jer aku rasa..Selalunya aku akan berbuka dgn minum air dulu than aku suap kan danish dgn nasi so that dia x lapar bila tiba giliran aku makan nanti. Tapi lain plak halnya..time aku nak mkn tu la dia merengek2 ..mintak dukung la, peluk cium la..and one thing yg dia nak is nenen. Ish..sabar jer la aku ni di bulan2 puasa..
Skang ni danish dah pandai hentak-hentak kaki pulak bila xdapat apa yg dia nak. Aku xtau mana dia belajar coz rayyan x macam ni dulu. Dia dah makin nakal but bijak sometimes.Now dia dah 18bln aku dah plan siap-siap nak cerai susu badan.Walaupun aku bangga dpt susukan dia sampai ke hari ni tp x dinafikan yg aku letih, badan aku sakit-sakit, x cukup tdo dan yg utama production susu ku merudum.Malang sungguh, anak bujang ku ini x pandai pulak menghisap botol. Dah byk botol susu mahal2 aku blikan, Avent, MAM,Tomme Tippee, pun langsung dia wat x heran.. wat habis duit aku jer. Cuma skang ni aku top up danish dgn susu snow menggunakan syringe so that dia x la lapar sgt. Sampai skang ni aku buntu, x tau la nak wat camner..yg aku baca kat internet, dia advice, dont rush just go with the flow..erm..erntahla..
Wednesday, September 2, 2009
Our 1st born Niece - Nur Qaseh Qistina
She was born premature on 9th July 2009. Baby Qis anak saudara kitorang yg pertama, anak adik ipar aku. kecik je budaknya 2.26kg.sama jer keciknya cam rayyan (2.3kg) ngan daanish (2kg) masa lahir dulu..rayyan pun x ckp bln gak. agaknya we all ni semua keturunan x cukup bln agaknya..anak semua kecik2. x per la janji semua sihat.
well, at least, ada gak cousin utk si rayyan and danish.kalo x perhatian atuk ngan neneknya hanya utk diorang jer la..huhu..cuma aku nak tunggu anak sedara dari adik aku sendiri tu yg berjanggut gamaknya. ye la org tu pun blum grad lagi.
citer psl Baby Qis x abis lagi. usianya blum pun sampai sbln, dah kene hempuk ngan bakul sampah dgn si daanish. Ya Allah, berderau darah aku dgr bdk kecik ni tiba2 menjerit. Time tu mummy si Qis ni letak la baby dia kat sofa, then tinggalkan sorang2, yg aku plak sibuk pakai tudung,tiba2 dia menjerit, tgk2 ada bakul sampah kecik ngan ujung kepala dia..danish plak berada x jauh dari dia..dah agak dah..mesti keje si daanish. sbb si daanish ni kaki pukul..suka bebenor pukul org..akibatnya, benjol la kepala baby Qis. I'm so sorry dear, hope xde apa la effect kat kepala si Qis tu nanti..takut gak aku..